31 Januari 2023, Kodiang, Kedah | Lawatan kerja pengurusan TNBF bersama MNA Fuel Services Sdn Bhd (MNAF) di Diyou Future Biomass Sdn Bhd kilang pembuatan palet bahan api berasaskan bahan guna semula dari tumbuhan.
Lawatan kerja ini merupakan lanjutan daripada perjanjian persefahaman kerjasama bisnes antara TNBF dan MNAF yang telah ditandatangani pada 20 Disember 2022 yang lalu. Kerjasama bisnes ini merangkumi proses rantaian pembekalan, komersilan dan penghasilan sumber bahan api yang mesra alam.
TNBF terus menyokong aspirasi syarikat TNB dalam menjayakan TNB Sustainability Pathway 2050.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini.